SALAH satu antara hari-hari yang bersejarah dalam Islam ialah hari ke-10 bulan Muharam. Sepuluh Muharam dalam bahasa Arab disebut Asyura. Ia menjadi penting antara lain diundangkannya untuk pertama kali sebagai hari berpuasa dalam sejarah Islam. Lebih penting lagi, di bulan dan hari yang mulia ini kesempatan juga harus dimanfaat oleh umat Islam di seluruh dunia agar bersatu menentang keganasan Israel yang kini sedang bermaharajalela di bumi Palestin.
Peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 oleh zionisme Yahudi mengingatkan kita betapa kuatnya kebencian mereka ke atas umat Muhammad SAW yang dianggap musuh abadi.
Toleransi di kalangan umat Islam ada hadnya dan wajib pada saat ini umat Islam seluruh dunia bangkit menyahut seruan jihad menentang kezaliman, pembunuhan Yahudi dan Nasrani yang angkuh ini.
Kita perlu mengambil mesej bulan yang mulia ini dengan mengingati pelbagai peristiwa dan perjuangan yang dialami oleh para Nabi dan Rasul. Perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan puak kuffar.
Peristiwa 10 Muharam juga dikatakan sebagai hari berkabung mengingati peristiwa Karbala di mana Hussin, cucu Nabi Muhammad SAW dibunuh oleh puak khawarij. Bubur merah dikatakan simbol darah Hussin, sedangkan bubur putih simbol ketulusan Hasan untuk berdamai.
Selain daripada itu, asyura seperti mana yang difahami sesetengah orang sebagai lambang yang mengancam pemerintah. Tokoh panglima perang Bani Umaiyah, Al-Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi melambangkan asyura sebagai hari sukacita, hari bersyukur.
Hakikatnya Asyura hanya layak dirayakan oleh ummah yang mementingkan perpaduan dan ia tidak layak diraikan oleh puak yang suka memecahbelahkan perpaduan.
Kerana 'kekuasaan itulah yang benar', yang salah tentu sahaja yang kalah. Inilah keamanan dan keharmonian yang dicapai oleh masyarakat Islam negara ini hasil daripada perpaduan dan permuafakatan.
Pada 10 Muharam ini banyak terjadi peristiwa penting, yang kemudian dipahatkan dalam sejarah. Imam Ghazali dalam bukunya Mukasyayafultul Qulub mencatat bahawa tidak kurang 13 peristiwa penting yang terjadi pada 10 Muharam walaupun berbeza-beza tahun dan kurunnya.
Oleh mohd. shauki abd. majid
Perjumpaan Ketiga Kelab
14 years ago