Selamat tahun baru 2008 kepada semua pembaca sekalian. Syukur pada Tuhan kerana dengan izinNya, jemari zizzan masih lagi dapat menari di papan kunci, menitipkan salam di hari kedua tahun 2009. Segala onak duri dan pengalaman pahit manis yang telah kita lalui di tahun 2008 pastinya akan diambil sebagai iktibar dan pengajaran.
Semoga tahun 2009 memberi sinar harapan dan kebahagiaan yang berterusan buat anda semua. Ciptalah azam dan tekad untuk terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencipta kejayaaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama.
Perjumpaan Ketiga Kelab
14 years ago
No comments:
Post a Comment